MENJULANG ILMU


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

BAGAIMANA MENGURUS STRESS?

1. RIADAH
Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan melakukan riadah, badan akan menjadi sihat, fizikal menjadi lebih mantap dan pernafasan menjadi lebih baik. Apabila beriadah bersama teman-teman kita akan menjadi lebih segar, tenteram dan gembira di mana keadaan ini boleh mengurangkan stress yang kita alami.
2. GANJARAN DIRI
Setiap tindakan baik yang kita lakukan seharusnya kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilalukan dengan menyatakan bahawa kita yang mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang. Oleh itu, kita berhak cemerlang dan ini juga dapat membantu mengurangkan stress dalam diri kita.
3. PERCAKAPAN DIRI YANG MEMBINA
Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri dengan menggunakan komunikasi intrapersonal dan kita boleh melakukannya. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan. Insya-Allah percakapan diri yang membina boleh membantu diri kita.
4. KERJA KEMASYARAKATAN DA KEBAJIKAN
Jika kita lihat sekarang, badan-badan bukan kerajaan (NGO) berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Oleh itu, kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan stress yang berpanjangan.
5. PENULISAN
Aktiviti penulisan merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk mengurus stress. Luahkan segala perasaan yang terpendam kepada bentuk penulisan yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya dapat membina bakat dan potensi diri kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.
6. BERJENAKA
Jenaka atau bergurau senda merupakan perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada kepada jenaka yang baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini bertujuan untuk menghilangkan masalah di mana masalah itu merupakan rentetan daripada stress yang timbul.
7. KETENANGAN (BEBASKAN DIRI)
Apabila kita berada dalam keadaan stress maka carilah tempat yang jauh daripada kebisingan dan orang ramai. Seterusnya melaunglah dengan sekuat hati dan sepuas-puasnyatentang apa yang mahu dilaungkan, sebagai contoh ’Ahh......’ namun begitu laungan tersebut diharap tidak melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Selain itu, laungan tersebut sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri kita.
8. MENINJAU ORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK
Dalam keadaan tertentu adalah lebih baik jika kita mengambil kesempatan dengan merenung sejenak dan meninjau golongan yang fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita lebih bernasib baik dan beruntung daripada mereka. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang betapa pentingnya sikap bersyukur itu.

No comments:

Post a Comment